Taqwim Solat

Breaking

16 Jun 2020

REVIEW TERHADAP IQRA
Semalam baru berkesempatan memiliki sebuah IQRA Jilid 1-6 yang merupakan buku@kitab asas bagi pemula yang ingin belajar al-Quran. Alhamdulillah, baru tadi mentelaah IQRA jilid 1-6 secara keseluruhan sebab IQRA ni walaupun 6 Jilid tapi tidak la tebal sangat.

Sejujurnya, saya sendiri bukan seorang yang dididik dgn IQRA sehingga khatam kerana saya belajar MUQADDAM terlebih dahulu (bahagian asas sahaja) kemudia baru kepada IQRA namun hanya membaca sehingga IQRA 2 dan mula beralih kepada al-Quran bila masuk beberapa helai dalam IQRA 3.

Tujuan saya membeli IQRA ni bukanlah dengan niat ingin membuat suatu lagi modul atau kurikulum asas bagi mereka yang baru ingin membaca al-Quran seperti yang banyak di pasaran. Tujuan saya tidak lain dan tidak bukan adalah ingin mengetahui bagaimana penyusun IQRA iaitu almarhum Hj As'ad membina suatu modul asas ini sehinggakan modul ini banyak menjadi pilihan kepada para pengajar khusus di Malaysia.

No photo description available.

Pada pandangan saya, IQRA yg disusun oleh almarhum Hj As'ad memberi pendedahan 70-75% kepada pemula yang belajar al-Quran. Melihat kepada cara susunan modul dan beberapa catatan pada muka surat tertentu, saya yakin dan percaya, sepatutnya sesiapa yg belajar dengan kaedah yang telah ditetapkan dalam modul ini seharusnya boleh membaca al-Quran dengan baik.

Namun begitu, dalam keadaan ramai yang menggunakan IQRA sebagai asas kepada pemula sblm membaca al-Quran, terdapat beberapa perkara yg dinyatakan oleh almarhum Hj As'ad dlm modul IQRA ini yg diambil mudah oleh para pengajar IQRA sedangkan almarhum Hj As'ad berulang-ulang kali menyatakan perkara tersebut apabila beralih kepada jilid seterusnya. Tentu ada yang tertanya apa benda yang diambil ringan oleh pengajar IQRA? Saya nyatakan beberapa perkara iaitu:
1. Pengajar IQRA mengambil ringan mengenai panjang pendek tiap2 kalimah dalam iqra tersebut. Buktinya adalah memperkenalkan irama bacaan yang tidak menepati panjang pendek. Kita boleh imbau kembali irama bacaan doa belajar, bacaan al-fatihah boleh dikatakan semuanya irama yang sama di mana-mana negeri sekali pun. Dan perhatikan panjang pendek yang tidak menepati kadar mad atau memanjang pada tempat yang tidak panjang (ini yang banyak berlaku)
2. Pengajar IQRA tidak merujuk kepada guru al-Quran yang muktabar. Istilah muktabar dalam IQRA yg diguna oleh almarhum Hj As'ad adalah merujuk kepada guru al-Quran yang Mutqin. Apa maksud Mutqin? Adakah merujuk kepada lepasan timur tengah? Mutqin merujuk kepada seseorang yang benar-benar memahami hak-hak huruf dan sifat-sifat huruf atau bahasa mudah disebut sebagai seorang guru yang benar-benar mengusai ilmu tajwid.
3. Pengajar al-Quran masih lemah pada makhraj dan sifat huruf. Kata pujangga Arab "Orang yang faqir tidak mampu memberi sedangkan orang kaya mampu memberi" maksudnya orang yang mahir sudah tentu mampu mengajar sedangkan orang yang tidak mahir tidak mampu mengajar. Mungkin perkara yang ketiga ini agak menyakitkan hati tenaga pengajar IQRA namun ini adalah hakikatnya. Lebih ramai yang mengajar IQRA ini bukan mereka yang duduk belajar dalam sistem pengajian al-Quran atau mungkin hanya sekadar pernah belajar di sekolah rendah Islam atau pernah belajar di SMKA apatah lagi malang bila langsung tidak pernah belajar lalu dilihat seperti mampu mengajar lalu diambil mengajar untuk perkara-perkara yang melibatkan Kalamullah. Para pengurusan SRI/SRA, JQAF, GPI, KAFA dalan mana-mana pusat tuisyen sendiri pun agak lemah menilai tenaga pengajar kerana mereka sendiri tidak tahu mana betul atau salah secara tepat. Oleh kerana itu, banyak kaedah penyampaian membaca al-Quran yang tidak betul sehingga menjadi sebati dalam masyarakat dalam menyebutnya. Mungkin anda tidak bersetuju kerana saya tidak bawakan bukti, saya kemukan satu contoh mudah yang menjadi sebati dalam masyarakat apabila menyebut huruf "ر" yang berbaris atas (fathah). Berapa ramai yang memuncungkan mulut saat menyebut huruf "ر" sedangakn ia berbaris atas(fathah).

Demikianlah beberapa perkara yang disebut dalam kitab IQRA yang disusun oleh almarhum Hj As'ad. Saya hanya mengeluarkan beberapa point yang penting lalu saya ulas apa yang dikehendaki oleh penyusun IQRA tersebut. Modul yang disusun oleh almarhum Hj As'ad ini hanya menekankan fardhu ain iaitu membaca secara bertajwid walaupun tidak tau hukum yang terdapat padae tiap2 kalimah secara terperinci. Sedangkan mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah iaitu memadai seorang sahaja menguasainya sebagai rujukan dan sebagai tenaga pengajar al-Quran di kawasan tersebut.

Secara kesimpulannya, IQRA yang disusun ini tidak mengajar ilmu tajwid tapi mengajar seseorang membaca secara bertajwid iaitu yang menjadi fardhu ain kepada setiap kaum Muslim. Mungkin anda ada pandangan yang berbeza atau mungkin ada perkara-perkara yang lebih penting daripada yang Saya utarakan, maka boleh ajukan dan mungkin boleh kita diskusikan.
Sekian.
22 Syawal 1441

Tiada ulasan:

Catat Ulasan