Taqwim Solat

Breaking

13 Oktober 2011

MUQADDIMAH ILMU TAJWID

TAKRIF

Tajwid dari sudut bahasa adalah memperbaiki dan memperelok.

Manakala dari sudut istilah adalah suatu ilmu yang membahaskan tentang kalimah-kalimah al-Quran yang memberikan hak-hak setiap huruf-huruf dan huruf-huruf yang mustahakya(sifat yang mendatang) seperti tebal atau nipisnya bacaan sesuatu huruf tersebut. Dengan kata lain,tajwid adalah membaca al-Quran dengan elok dan sempurna berdasarkan hukum-hukum yang berkaitan denganya yang merangkumi makhrajnya dan sifat hurufnya, Nun mati dan Tanwin, Mim mati, wakaf dan ibtida', dan hukum-hukum yang berkaitan dengannya.

TUJUAN

Memelihara lidah daripada melakukan kesalahan ketika membaca dan terhindar daripada bercampur-aduk sebahagian hukum dengan sebahagian yang lain.

HUKUM

Wajib ke atas siapa-siapa yang ingin membaca ayat-ayat darpadai al-Quran.

KAEDAH

Seseorang itu perlu memperbanyakkan membaca al-Quran agar lisannya fasih menyebut huruf hurufnya dan biasa dengan hukum-hukum yang terdapat daripadanya.

KEUTAMAAN

Ia merupakan ilmu yang mulia di sisi syara' kerana ia berkaitan dengan cara membaca al-Quran dengan betul,sesuai sepertimana ia diturunkan,dibaca kepada Nabi Muhammad oleh Jibrail dengan bacaan yang memenuhi hukum-hakam tajwidnya.

PERINGKAT-PERINGAKAT BACAAN

TAHQIQ
Membaca al-Quran dengan memenuhi hak-hak dan sifat-sifat hurufnya sambil mentadabbur isi kandungan al-Quran.Ia dibaca dalam keadaan perlahan-lahan.


TADWIR

Membaca al-Quran dengan memenuhi hak-hak dan sifat-sifat hurufnya sahaja.Ia dibaca dalam keadaan diantara bacaan tahqiq dan hadar (separa laju).

HADAR
Membaca al-Quran hanya sekadar memenuhi hak-hak dan sifat-sifat huruf.Ia dibaca dalam keadaan laju,namun membaca al-Quran dalam keadaan hukum-hakam tajwid masih terjaga.

Kesimpulannya, bacaan yang lebih utama (afdhal) adalah bacaan tahqiq kerana seseorang tersebut mampu menghayati ayat-ayat al-Quran yang dibacanya.

*Bacaan tartil tidak termasuk dalam peringkat-peringkat bacaan di sini kerana bacaan tartil adalah bacaan yang memenuhi seluruh hukum-hakam tajwid. Sedangkan bacaan di atas kesemuanya memenuhi hukum-hakam tajwid tetapi berlainan dari segi kadar kelajuan bacaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan