Taqwim Solat

Breaking

12 Oktober 2011

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN AL-QURAN

Pertama:Lafaz al-Quran dan maknanya adalah daripada Allah taala dengan lafaz bahasa Arab.
Kedua:Diturunkan secara mutawatir,maka mustahil al-Quran mampu didustakan kerana ia diturunkan secara beransur-ansur(mutawatir) dan mustahil untuk semua kaum berusaha bersepakat mendustakannya.
Ketiga:Isi kandungan al-Quran terjamin daripada sebarang pindaan atau tokok tambah dan pengurangan kerana Allah sendirilah yang menjamin keshahihan al-Quran sehingga tiba hari kiamat.Sedangkan zaman ini wujud suatu unit yang menjamin hak cipta seseorang,inikan pula Allah sebagai Khaliq(pencipta) yang mencipta makhluknya sudah tentu lebih terjamin berbanding makhluknya.
Keempat:Ia sebagai mukjizat yang agung.Oleh itu,sesuai dengan sandaran yang diberikan,maka mustahil mana-mana makhluk mampu menandingi kehebatannya. Sejak daripada zaman nabi Muhammad s.a.w yang masyarakatnya mahir ilmu lughoh(bahasa)Arab dan falsafah,mereka tidak berupaya menandingi kecantikan sastera
al-Quran sehinggalah ke hari ini yang mana sains dan teknologi menjadi bidang tersohor,namun al-Quran yang datangya daripada Allah telah mendahui menyatakannya 1400 tahun yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan