Daripada Ibnu Abbas,dia berkata:Rasulullah besabda:Jibril telah membaca kepadaku al-Quran dalam satu huruf.Aku berulang-ulang kali membacanya.Selanjutnya aku selalu meminta kepadanya agar menambah,sehingalah dia(Jibril) menambah sehingga tujuh huruf.
{Riwayat Bukhari}
HIKMAH DITURUNKAN al-QURAN DALAM TUJUH HURUF
- Memudahkan Umat Muhammad untuk membaca,menhafal dan memahami isi kandungan al-Quran.
rab terdiri daripada pelbagai bangsa dan pelbagai lahjah(dialek).Oleh itu,al-Quran diturunkan sehingga tujuh huruf.Maka,tidak benarlah suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa al_Quran diada-adakan oleh Nabi Muhammad atau yang dibuat-buat oleh ulama-ulama zaman tabien dan tabi' tabien kerana bacaan ini diajarkan kepada Nabi Muhammad oleh Malaikat Jibril.
TAKRIF TUJUH HURUF
Daripada Abu al-Fadl ar-Razi,beliau menafsirkan tujuh huruf sebagai tujuh wajah(bentuk) bacaan.
SKOP PERBAHASAN TUJUH HURUF- Perbezaan dari bentuk Isim
- Perbezaan dari bentuk Fi'l (madhi,mudhari' dan amar)
- Perbezaan dari bentuk I'rab(marfu',mansub,majrur dan majzum)
- Perbezaan dari bentuk Naqis(pengurangan) atau Ziyadah(penambahan) huruf
- Perbezaan dari bentuk Taqdim(mengawalkan) atau Ta'khir(mengakhikan) sesuatu huruf
- Perbezaan dari bentuk Tabdil(penggantian) huruf atau kata
- Perbezaan dari bentuk Lahjah(dialek)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan