Taqwim Solat

Breaking

18 Mac 2018

Part I: CARA ASAS MENGHAFAL AL-QURAN.

Al-Quran adalah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril AS dalam bahasa arab, bermula Surah al-Fatihah dan diakhiri Surah al-Naas dan membacanya adalah suatu ibadah.

          Kitab suci al-Quran ini berbeza dengan karangan-karangan yang ditulis, dikaryakan oleh mana-mana manusia walau sehebat dan semulia manapun dia kerana penulisan tersebut ditulis oleh seseorang yang bergelar makhluk, sedangkan al-Quran adalah kalamullah (wahyu daripada Allah) yang menciptakan manusia, haiwan dan semua  yang ada dalam alam ini.

          Tambahan pula, al-Quran mempunyai kelebihan dan keistimewan berbanding kitab-kitab samawi yang lain iaitu Allah menjanjikan ia terpelihara sehingga hari akhirat sebagai panduan kepada umat akhir zaman. Ia jelas dinyatakan dalam surah ke-15 ayat ke-9 iaitu:
إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

       Antara bukti pemeliharaan al-Quran semenjak zaman Baginda SAW sehingga kini adalah al-Quran mampu dihafaz sejak zaman dahulu lagi, bahkan terdapat sebahagian orientalis barat yang menghafaz al-Quran walau mereka tidak beriman. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemeliharaan yang disebut oleh Allah benar sehingga ke hari ini, bahkan ia akan kekal terpelihara sehingga ke hari akhirat kelak.

Empat Janji Allah Bagi Para Penghafal Alquran - Kumpulan Info Unik

          Dewasa ini, semakin ramai masyarkat di Malaysia khususnya, menginginkan agar mereka tergolong dalam kalangan penghafaz al-Quran sama ada ia berbentuk individu atau dorongan daripada keluarga sehinggakan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek khusus berkenaan Kemahiran Menghafaz al-Quran.

          Cara asas menghafaz al-Quran yang ingin dinyatakan di sini iaitu membaca, megulang-ulang bacaan, menghafaz dan mengingat-ingat hafazan. Cukup sekadar di sini sahaja perkongsian buat kali ini, in sya Allah ia akan disambung semula agar jelas empat perkara yang telah dinyatakan  di atas sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan